Cabul dua pelajar lelaki, guru ditahan

Seorang guru disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua pelajarnya akan dihadapkan ke Mahkamah Serian pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. — Foto ReutersSeorang guru disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua pelajarnya akan dihadapkan ke Mahkamah Serian pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. — Foto ReutersKUCHING, 2 Okt — Seorang guru disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua pelajarnya akan dihadapkan ke Mahkamah Serian pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar, suspek yang berusia 37 tahun itu mengajar di sebuah sekolah di daerah Serian disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua murid lelakinya yang masing-masing berumur 10 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut Dev, mangsa pertama dicabul pada Mei 2017 di dalam pejabat Hal Ehwal Murid manakala bagi mangsa kedua, kejadian berlaku pada Ogos 2017 di dalam stor sekolah berkenaan, bagaimanapun murid itu berjaya melepaskan diri.

Katanya, keluarga kedua-dua mangsa mendakwa mereka telah mengadu kepada pihak sekolah tetapi tidak ada tindakan atau maklum balas daripada pihak sekolah dan ini telah memaksa mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian hari ini.

Menurut Dev bertindak setelah menerima laporan berkenàan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Serian menahan suspek petang tadi ketika dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian. — Bernama



Sumber Cabul dua pelajar lelaki, guru ditahan

Post a Comment

Previous Post Next Post