Ceroboh rumah orang tapi tertidur, penganggur ditahan

Polis Johor Baru Selatan menahan seorang penganggur yang menceroboh rumah seorang warga emas. ― Paparan skrin GooglePolis Johor Baru Selatan menahan seorang penganggur yang menceroboh rumah seorang warga emas. ― Paparan skrin GoogleJOHOR BARU, 31 Okt ― Seorang pengganggur yang tertidur setelah menceroboh rumah seorang warga emas di Stulang Laut di sini awal pagi tadi ditahan.

Ketua Polis Johor Baru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata dalam kejadian 5.50 pagi itu wanita tersebut yang berusia 64 tahun terkejut apabila melihat individu berkenaan sedang terbaring di dapur sebelum dia menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan.

Beliau berkata suspek yang berumur 38 tahun itu kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis.

“Menerusi siasatan awal, suspek masuk ke rumah itu melalui pintu pagar belakang rumah yang tidak berkunci.

“Selain itu dia didapati positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan senjata berbahaya dan kes dadah,” katanya dalam kenyataan. ― Bernama



Sumber Ceroboh rumah orang tapi tertidur, penganggur ditahan

Post a Comment

Previous Post Next Post