Da'i Hakim menepati ramalan

MENEPATI ramalan, Da'i Hakim muncul juara program Da'i Pendakwah Nusantara musim keempat yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam ini.

Kemenangan Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Luqman Hakim Othman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pakej umrah dan trofi.

Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Afiqah dan Da'i Fahmi terpaksa berpuas hati dengan hadiah sagu hati wang tunai RM5,000, pakej pelayaran penyucian jiwa berserta trofi.

Setiap peserta diberikan masa lima minit untuk dua tema persembahan iaitu Masyarakat Kini dan Bebas.

Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan dua juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Sistem penjurian untuk musim ini dinilai berdasarkan 70 peratus daripada juri profesional, 20 peratus akan diberikan Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah dan 10 peratus daripada juri awam terpilih.



Sumber Da'i Hakim menepati ramalan

Post a Comment

Previous Post Next Post