Kata Annuar, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan perniagaan oleh mana-mana peniaga selagi mereka tidak melanggar undang-undang.
Dobi halal untuk Muslim sahaja: “Itu hak peribadi mereka masing-masing, kerajaan tak akan campur tangan” – Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan perniagaan oleh mana-mana pihak termasuk mereka yang mengusahakan bisnes dobi selagi mereka tidak melanggar undang-undang negara.
Menurut beliau, keputusan mana-mana pihak untuk memajukan perniagaan masing-masing adalah atas pertimbangan komersial.
“Kita beri kebebasan kepada pemilik restoran untuk membuka perniagaan restoran halal atau mendapatkan kelulusan halal.
“Mereka buka perniagaan itu selepas buat kajian sama ada perniagaan itu mampan atau tidak,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media pasca-Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.
Sumber: FMT
Sumber Dobi halal untuk Muslim sahaja: “Itu hak peribadi mereka masing-masing, kerajaan tak akan campur tangan” – Annuar Musa