Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kerana secara sepihak mengisytiharkan komitmen Malaysia untuk menjadi senuah negara Islam.
Isytihar negara Islam, Gerakan selar timbalan menteri
“BN dibentuk atas gabungan 13 parti komponen yang mewakili kesemua rakyat Malaysia termasuklah golongan minoriti.
“Dakwaan Asyraf bukan sebahagian daripada wawasan atau misi penubuhan BN dan ia tidak akan pernah menjadi begitu,” kata Yong dalam kenyataan beliau hari ini.
Yong berkata tidak ada persetujuan dalam BN berkenaan Malaysia menjadi negara Islam.
Beliau menambah Gerakan menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Bagaimanapun, katanya adalah tidak betul untuk salah taksir perkara tersebut bagi mempromosikan ‘agenda yang melanggar perlembagaan’.
Yong berkata dana peruntukan besar untuk institusi Islam tidak boleh disamakan dengan promosi negara Islam.
“Asyraf perlu berhenti mengelirukan orang awam tetapi hendaklah menyokong seruan oleh Raja-raja Melayu akan keperluaan untuk menjunjung kontrak sosial mengenai kesederhanaan dan kepelbagaian seiring dengan perlembagaan persekutuan,” kata beliau.
Sumber: Malaysiakini
Sumber Isytihar negara Islam, Gerakan selar timbalan menteri