Jabatan Perikanan Sabah siasat dakwaan viral telur ikan beracun

KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan Sabah sedang menyiasat kesahihan dakwaan ikan di perairan kini mengandungi telur beracun seperti viral di laman sosial sejak semalam.

 

Jabatan Perikanan Sabah siasat dakwaan viral telur ikan beracun

Jabatan Perikanan Sabah siasat dakwaan viral telur ikan beracun

 

 

Pengarahnya, Dr Ahemad Sade, berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti sumber maklumat berkenaan untuk mengetahui lokasi dan waktu gambar itu diambil.

Setakat ini, katanya, tiada rekod telur ikan beracun seperti yang didakwa khususnya di perairan negeri ini.

“Kita tak pasti jenis ikan dalam gambar (viral) dan kemungkinan ikan tamban jika ia (lokasi gambar diambil) di Sabah.

“Jabatan Perikanan kini dalam proses mengenal pasti sumber maklumat berkenaan dakwaan terbabit,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Sejak semalam, sekeping gambar menunjukkan seakan-akan telur ikan menjadi viral di laman sosial yang meminta orang ramai berwaspada dan melarang memakan ikan jenis itu kerana didakwa ia sejenis penyakit akibat fenomena laut beracun.

Mengulas lanjut, Ahemad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan gambar terbabit diambil di tempat lain kerana di negara sejuk juga mempunyai jenis ikan yang sama iaitu spesies ikan herring atau sardin.

Ketika ini, beliau berkata, di Sabah adalah musim ikan pelagik kecil bertelur seperti spesies tamban dan basung.

“Jika kita dapat sampel ikan, kita akan lakukan analisis di makmal untuk pengesahan (sama ada ia beracun atau sebaliknya),” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Jabatan Perikanan Sabah siasat dakwaan viral telur ikan beracun

Post a Comment

Previous Post Next Post