“Jika anda membeli barangan promosi semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja” – Dah 3 kali terkena, mungkin lepas ni anda pula!

Malam tadi kami sekeluarga pergi membeli belah di giant supermarket Prima Saujana Kajang. Ada banyak barang yang diletak harga promosi antaranya Sos cili life dan Maggi cup.

 

 

"Jika anda membeli barangan promosi semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja" - Dah 3 kali terkena, mungkin lepas ni anda pula!

“Jika anda membeli barangan promosi semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja” – Dah 3 kali terkena, mungkin lepas ni anda pula!

Image may contain: drink and food

Image may contain: food

 

Sos cili life untuk 2 botol harganya rm8. 49 (harga asal rm4. 99 utk satu botol) dan Maggi cup pula rm7. 99 (harga asal rm 9.80).

Namun begitu bila kami membuat bayaran di kaunter bayaran tiada discount bg kedua2 barang ini menyebabkan kami pertikai kpd cashier dan adik cashier tersebut telah memanggil supervisornya. Kami terangkan kepada beliau apa yg berlaku dan kami tunjuk gambar harga promosi tersebut di telefon kami. Mungkin beliau ingin mengesahkan maklumat tersebut beliau telah pergi ke tempat barangan tadi dan mengambil kertas yg ditulis harga promosi dan memasukan kod baru bg kedua2 barangan td mengikut harga yg di promosi dengan muka yang tidak puas hati dengan kami. Walau pun terbukti yg giant ini menipu pelanggannya tetapi superwiser ini tidak pula meminta maaf atau memberi apa2 penerangan, just datang tekan2 dekat mesin tu dan beliau kata “ok harga dah sama dengan harga promosi” dan dia terus pergi.

Ini merupakan kali ketiga kami berhadapan dengan penipuan sebegini untuk tahun ini. Sebelum ini gi**t supermarket di prima saujana ini melakukan perkara yang sama terhadap dua barang yg telah kami beli iaitu beras dan juga Maggie. Selepas bertekak dengan mereka baru Kami dapat harga promosi yang dipamerkan.

Berbalik kepada Kes ini, bayangkan sudah 2 hari mereka telah menipu orang ramai yang membeli dua barangan ini dan sudah berapa ratus ringgit mereka telah merompak duit daripada pelanggan mereka malah mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. Itu baru daripada 2 barang ini, barang2 promosi yang lain kami tidak tahu kerana kami tidak membelinya. Oleh itu sy nasihatkan kepada semua orang ramai jika anda membeli barangan yg dipromosi semak betul2 bil anda dan jangan main bayar sahaja. Begitu juga kepada pihak yang berwajib rajin2 lah membuat pemeriksaan mengejut bagi nemastikan orang ramai tidak ditipu dan dianiaya oleh taukeh2 besar yang tamak dan jahat ini.

Sumber: Rusniza Mohammad



Sumber “Jika anda membeli barangan promosi semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja” – Dah 3 kali terkena, mungkin lepas ni anda pula!

Post a Comment

Previous Post Next Post