Kakitangan kesihatan cela tindakan PPIM jadi ‘wira’ tolong bayar denda RM70,000 penjenayah doktor gigi palsu

TINDAKAN TIDAK WAJAR PPIM

Kami sebagai kakitangan kesihatan mencela seberat-beratnya tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melindungi penjenayah ‘doktor’ gigi palsu.

Terkini, gadis berusia 20an yang mengaku bersalah atas tuduhan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah, telah didenda sebanyak RM70 000. Dipaparkan juga di dalam akhbar tindakan berang beliau menumbuk dinding mahkamah setelah kes disabitkan.

 

Baca:

Video: Wanita 20 tahun tumbuk dinding berang didenda RM70,000 kerana jalankan bisnes pendakap gigi tanpa tauliah

Gadis 20 tahun tumbuk dinding lepas didenda RM70,000 kerana berniaga braces tanpa tauliah: Viral posting bapa mohon derma orang ramai, dakwa anaknya dipenjara dengan zalim tanpa pengadilan dan jadi mangsa pihak kejar KPI

 

Kakitangan kesihatan cela tindakan PPIM jadi 'wira' tolong bayar denda RM70,000 penjenayah doktor gigi palsu

Kakitangan kesihatan cela tindakan PPIM jadi ‘wira’ tolong bayar denda RM70,000 penjenayah doktor gigi palsu

Image may contain: one or more people

 

 

Namun, PPIM telah menjadi wira, membantu dalam pengumpulan dana untuk membayar denda gadis tersebut. Tindakan ini adalah satu tindakan yang TIDAK WAJAR atas kapasiti PPIM sebagai sebuah persatuan yang seharusnya MELINDUNGI PENGGUNA.

Dalam temubual, wakil PPIM menyatakan “beliau adalah seorang gadis bijak yang hanya mahu membantu rakan-rakan memasang pendakap gigi berdasarkan pengalamannya melihat melalui Youtube”.

Adakah ini bermakna PPIM menyokong tindakan orang-orang tidak bertauliah menjalankan khidmat kesihatan di luar sana, membahayakan nyawa dan kesihatan pengguna semata-mata alasan ingin membantu?

Seharusnya PPIM sebagai persatuan PENGGUNA ISLAM malaysia tidak bertindak sebegini. Ini menggalakkan lagi penjenayah-penjenayah lain melakukan perbuatan merbahaya sebegini. ISLAM mengajar kita meletakkan sesuatu perkara pada ahlinya.

Pendakap gigi palsu adalah merbahaya! Ianya hanya boleh dipasang oleh doktor gigi bertauliah yang telah membuat penjurusan dalam bidang ortodentik. Mana mungkin seorang lepasan diploma/sijil terus diberi tauliah memasang pendakap gigi hanya selepas melihat video Youtube. Adakah badan manusia begitu tidak berharga pada pandangan gadis ini dan PPIM?

RM70 000 itu jumlah yang amat besar. Seharusnya boleh disalurkan pada tujuan yang lebih murni. Berapa ramai pesakit kanser yang boleh dibantu bayaran kemoterapi mereka dengan wang sejumlah itu. Berapa ramai orang kurang upaya yang boleh mendapat prostesis dengan duit sebanyak itu.

Sekali lagi kami mencela tindakan PPIM dalam melindungi perbuatan sebegini. Tindakan mereka bukan sahaja menunjukkan pemikiran terkebelakang malah songsang dalam matlamat mereka melindungi pengguna.

Nasihat kami pada orang ramai:

1) Berhati-hati dengan ‘doktor palsu’
2) Laporkan kepada pihak berkuasa jika anda tahu kegiatan sebegini
3) Berdoalah agar pihak autoriti meningkatkan hukuman kes-kes sebegini.

Sudah lah baru-baru ini penjual suplemen didenda dengan jumlah yang sangat kecil berbanding keuntungannya, sekarang ada wira pula yang membelakangkan rasional undang-undang.

Ahli-ahli
Medical Mythbusters Malaysia
M3

TINDAKAN TIDAK WAJAR PPIMKami sebagai kakitangan kesihatan mencela seberat-beratnya tindakan Persatuan Pengguna Islam…

Posted by Medical Mythbusters Malaysia on 6hb Oktober 2017



Sumber Kakitangan kesihatan cela tindakan PPIM jadi ‘wira’ tolong bayar denda RM70,000 penjenayah doktor gigi palsu

Post a Comment

Previous Post Next Post