Korea Selatan, China rebut slot terakhir esok

DHAKA: India, Pakistan dan Malaysia sudah layak ke pusingan round robin empat terakhir Piala Asia di Dhaka, Bangladesh.

Pasukan keempat akan ditentukan esok apabila Korea Selatan menentang China dalam saingan Kumpulan B.

Korea Selatan hanya memerlukan keputusan seri manakala China perlu menang untuk bermain dalam pusingan penentuan pingat itu.

Hari ini, India menewaskan Pakistan 3-1 bagi menjuarai Kumpulan A. Pakistan dan jepun menamatkan peringkat kumpulan dengan empat mata tetapi Pakistan mara berdasarkan purata gol lebih baik.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut India ke atas Pakistan tahun ini, selepas menang 7-1 di peringkat kumpulan dan 6-1 untuk penentuan tempat kelima-keenam di Separuh Akhir Liga Dunia London.

KEPUTUSAN

Kumpulan A

India 3 Pakistan 1

Jepun 3 Bangladesh 1



Sumber Korea Selatan, China rebut slot terakhir esok

Post a Comment

Previous Post Next Post