Lampu butik jatuh, anak kecil pelakon cedera, trauma

Aleena Ziya berusia 9 bulan melecur akibat terkena penutup lampu yang jatuh di sebuah butik bertaraf antarabangsa. — Foto ihsan Instagram/Harris BabaAleena Ziya berusia 9 bulan melecur akibat terkena penutup lampu yang jatuh di sebuah butik bertaraf antarabangsa. — Foto ihsan Instagram/Harris BabaKUALA LUMPUR, 31 Okt — Muka dan tangan anak kepada pelakon Harris Baba, melecur tahap dua akibat terkena penutup lampu yang jatuh di sebuah butik.

Isteri selebriti itu juga trauma berikutan kejadian yang menimpa Aleena Ziya, 9 bulan, di premis bertaraf antarabangsa itu, lapor Utusan Online.

“Ketika kejadian anak saya menangis tidak berhenti-henti sehingga menyebabkan dia susah bernafas,” kata pelakon itu, nama sebenar Khawaja Mohammad Harris Baba, 27.

“Saya dan isteri terpaksa berkejar ke tiga hospital untuk mendapatkan pakar kulit untuk melihat keadaan anak saya.”

Baru pulang dari penggambaran di Dubai, beliau sudah membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Bayangkan jika bekas lampu itu terkena bahagian mata anak saya, mungkin perkara lebih teruk akan terjadi,” katanya yang juga penyanyi.



Sumber Lampu butik jatuh, anak kecil pelakon cedera, trauma

Post a Comment

Previous Post Next Post