Macet teruk, Jokowi terpaksa jalan kaki 2km

Joko Widodo (tengah) memeriksa perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-72 tentera Indonesia di Cilegon wilayah Banten, 5 Oktober 2017. — Foto ReutersJoko Widodo (tengah) memeriksa perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-72 tentera Indonesia di Cilegon wilayah Banten, 5 Oktober 2017. — Foto ReutersJAKARTA, 5 Okt — Presiden Indonesia terpaksa berjalan kaki lebih dua kilometer ke acara perarakan tentera selepas terkandas dalam kesesakan jalan raya.

Joko Widodo, popular dengan ringkasan Jokowi, dalam perjalanan ke Cilegon, kira-kira dua jam setengah dari sini, lapor AFP.

Namun selepas menunggu setengah jam, Jokowi memutuskan untuk berjalan kaki sahaja ke upacara sempena sambutan 72 tahun penubuhan tentera Indonesia.

Ketua polis negara republik itu Tito Karnavian, yang juga tersangkut dalam kesesakan, menyertai Jokowi yang dikawal oleh sekumpulan pengawal.

Presiden yang popular itu, dianggap dekat dengan masyarakat bawah, disambut dengan jeritan sokongan di sepanjang perjalanannya.



Sumber Macet teruk, Jokowi terpaksa jalan kaki 2km

Post a Comment

Previous Post Next Post