Mane terpaksa rehat enam minggu

LONDON: Penyerang Liverpool Sadio Mane terpaksa direhatkan sehingga enam minggu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika tugasan antarabangsa, kata kelab itu hari ini.

Kenyataan di laman web kelab berkata, dia dikeluarkan sejurus sebelum tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Senegal mengatasi Cape Verde Islands 2-0 Sabtu lalu.

"Kini sudah disahkan yang dia mengutip kecederaan ketika pertemuan itu dan dijangka tidak dapat beraksi sehingga enam minggu," kata kenyataan berkenaan.

Mane sudah menjaringkan tiga gol dalam empat penampilan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

- AFP



Sumber Mane terpaksa rehat enam minggu

Post a Comment

Previous Post Next Post