Menara Eiffel bergelap hormati mangsa serangan

PARIS: Menara Eiffel bergelap bagi memperingati mangsa serangan di Las Vegas dan Marseille.

Sekurang-kurangnya 59 maut dan ratusan lagi cedera dalam insiden tembakan di Las Vegas, kes paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Di Marseille, seorang lelaki menikam mati dua wanita di luar stesen kereta api utama di bandar raya kedua terbesar di Sepanyol itu.

"Malam ini, Menara Eiffel akan bergelap bermula tengah malam bagi memperingati mangsa serangan di Marseille dan Las Vegas," kata Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, dengan menambah hashtag 'kami bersatu'.

Ibu negara Perancis kerap mematikan lampu pada waktu malam di mercu tanda paling popular bandar raya berkenaan untuk menunjukkan solidariti dengan mangsa serangan ganas dari London hingga ke Kabul. - AFP

LAMPU Menara Eiffel di Paris dipadamkan sebagai penghormatan kepada para korban serangan di Las Vegas dan Marseille. - Foto AFP



Sumber Menara Eiffel bergelap hormati mangsa serangan

Post a Comment

Previous Post Next Post