Pelumba Itali yang juga paling menyerlah di Sepang dengan enam kemenangan dalam kelas premium itu menggunakan peluang daripada cuaca baik pada sesi pagi, selepas mencatatkan 2:01.662s pada sesi pertama dan 2:13.071s selepas sesi kedua yang terjejas berikutan hujan, semalam.
Pelumba Perancis Johan Zarco daripada Monster Yamaha Tech 3 merupakan kedua terpantas dengan 2:00.024s, manakala pelumba Sepanyol Dani Pedrossa daripada Respol Honda Team menduduki tempat ketiga dengan 2:00.087s, di hadapan rakan sepasukannya yang juga juara pendahulu Marc Marquez, yang menduduki tempat kesembilan dengan masa 2:00.467s.
Seorang lagi pelumba Itali Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Marc VDS mengungguli kategori MotoGP dengan 2:06.065s, diikuti Francesco Bagnaia daripada Sky Racing Team VR46 (2:06.679s) dan Miguel Oliveira daripada Red Bull KTM Ajo (2:06.698s).Pelumba tempatan Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia pula menduduki tangga ke-11 dengan 2:07.639s manakala Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia menduduki tempat ke-27 dengan merekodkan masa 2:08.585s.
Dalam Moto3, pelumba Del Conca Gresini Moto3 iaitu Jorge Martiin mengungguli sesi latihan dengan 2:15.606s, diikuti oleh Juanfran Guevara daripada RBA BOE Racing Team (2:16.606s) dan jaguh dunia baharu, Joan Mir daripada Leopard Racing (2:16.101s).
Pelumba Malaysia Adam Norrodin yang mewakili SIC Racing Team menduduki tempat keenam dengan 2:16.465s manakala pelumba wildcard Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Racing di tempat ke-20 dengan catatan masa 2:17.727s.
-- BERNAMA
Sumber MotoGP: Rossi catat masa terpantas di Sepang