Pemandu lori ais ditahan

TAPAH: Pemandu lori ais yang terbabit dalam kemalangan meragut sembilan nyawa di Kilometer 45 Jalan Ayer Kuning - Mambang Diawan, ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata pemandu lori berusia 22 tahun itu yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana cedera di kaki dan menerima jahitan di kepala, dibenarkan keluar malam tadi.

"Pemandu lori itu yang dibenarkan keluar hospital pada jam 7.30 malam tadi, dibawa ke Pejabat Trafik Daerah Tapah.

"Lelaki itu ditahan dua jam kemudian untuk siasatan lanjut dan sampel darah sudah diambil untuk ujian kimia," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Semalam, BH melaporkan sembilan maut termasuk pemandu van selepas dirempuh lori yang membawa muatan ais.

Mangsa yang terkorban berusia antara 33 hingga 82 tahun akibat kecederaan di kepala.



Sumber Pemandu lori ais ditahan

Post a Comment

Previous Post Next Post