Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori

CHEMOR: Seorang lelaki maut setelah terperosok di bawah sebuah lori satu tan dalam kemalangan berhadapan Sekolah  Rendah Agama al-Ummah, di sini, pada Isnin.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 12.51 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di sana kami mendapati sebuah motosikal jenis Honda Ex5 telah berlanggar dengan sebuah lori dan mangsa serta motosikal terperosok di bahagian bawah lori berikutan impak kemalangan.

"BBP Meru Raya kemudian menggunakan kren untuk mengalihkan kenderaan terbabit dan menjalankan operasi mengeluarkan mangsa," katanya kepada pemberita.

Jelasnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.



Sumber Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori

Post a Comment

Previous Post Next Post