Pesawat Saudi mendarat di Baghdad selepas 27 tahun

BAGHDAD: Sebuah pesawat komersial Arab Saudi tiba di ibu kota ini hari ini buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun, kata Kementerian Pengangkutan Iraq.

Tiada penerbangan antara dua negara jiran itu sejak bekas Presiden Saddam Hussein menceroboh Kuwait pada 1990-an.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kedua-duanya mengintai Baghdad yang kini berusaha menghentikan peningkatan pengaruh seteru utamanya, Iran.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad hari ini mengalu-alukan ketibaan pesawat pertama Arab Saudi selepas 27 tahun. Pesawat ini milik syarikat Arab Saudi, Flynas," kata kenyataan kementerian dipetik media tempatan.

Flynas, yang melancarkan Nas Air pada 2007 dan kali pertama mencatat keuntungan pada 2015, berdepan peningkatan saingan di Arab Saudi, pasaran utamanya. Syarikat itu minggu lalu mengumumkan akan memulakan penerbangan ke beberapa bandar Iraq tidak lama lagi. - Reuters



Sumber Pesawat Saudi mendarat di Baghdad selepas 27 tahun

Post a Comment

Previous Post Next Post