Polis nafi berita viral penemuan haiwan aneh di hutan Pahang

KUANTAN: Polis Pahang menafikan dakwaan wujudnya makhluk aneh iaitu haiwan menyerupai manusia kononnya ditemui di hutan di negeri ini, seperti yang viral di media sosial, sejak semalam.

 

 

Polis nafi berita viral penemuan haiwan aneh di hutan Pahang

Polis nafi berita viral penemuan haiwan aneh di hutan Pahang

 

Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, berdasarkan gambar dan keterangan yang viral itu pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mendapati ia bukan berlaku atau ditemui di Pahang.

“Hingga kini tiada apa-apa maklumat dan laporan polis diterima. Kita menafikan berita berkenaan dan minta semua pihak hentikan daripada viralkan berita sedemikian.

“Kemungkinan besar gambar berkenaan dimuat turun daripada Internet dan sengaja diviralkan kononnya berlaku di Pahang,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Catatan dalam laman sosial itu mendakwa makhluk aneh berkenaan ditemui di sempadan hutan dekat Pahang dan ketika ditemui makhluk itu masih bernyawa serta ditempatkan di makmal rahsia.

Rosli meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan cerita yang disebarkan tanpa asas yang kukuh itu. Difahamkan gambar dan video itu dimuat naik dari laman sesawang yang menjual barangan permainan kanak-kanak di luar negara.

Sumber: Bharian

 



Sumber Polis nafi berita viral penemuan haiwan aneh di hutan Pahang

Post a Comment

Previous Post Next Post