Power bank terbakar dalam kereta

KANGAR: Gara-gara meninggalkan power bank dalam kereta ketika cuaca panas, seorang lelaki nyaris kerugian besar apabila pengecas mudah alih itu terbakar.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi berlaku di Persiaran Jubli Emas, di sini, namun pemilik kenderaan itu bernasib baik apabila kebakaran disedari orang ramai.

Power bank terbakar dalam kereta

Power bank terbakar dalam kereta

 

 

Saksi yang enggan namanya dikenali, berkata beberapa orang awam menyedari kereta berkenaan berasap, sebelum memadamkan api bagi mengelak kebakaran memusnahkan kereta terbabit.

“Pemilik kereta tidak menutup sepenuhnya cermin tingkap kenderaan. Jadi kejadian itu cepat disedari orang ramai yang melalui kawasan terbabit sebelum menjirus air untuk memadamkan api dan menghubungi pihak bomba untuk bantuan lanjut.

“Selepas api dipadamkan, terdapat power bank di tempat duduk hadapan penumpang di dalam kereta berkenaan, iaitu kawasan yang mengalami kebakaran yang mungkin menjadi punca kejadian,” katanya ketika ditemui.

Usaha BH mendapatkan komen pemilik kenderaan terbabit tidak berhasil apabila lelaki berkenaan enggan ditemu ramah.

Bagaimanapun jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapti kemusnahan akibat kebakaran itu membabitkan 10 peratus iaitu pada bahagian tempat duduk dan ia tidak membabitkan mangsa.

“Sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Power bank terbakar dalam kereta

Post a Comment

Previous Post Next Post