Presiden Singapura setuju pindah dari flatnya

halimah-flat

SINGAPURA: Presiden Singapura, Halimah Yacob akan berpindah dari kediamannya sekarang di Yishun selepas menerima syor Kementerian Dalam Negeri (MHA) yang menasihatkannya menimbang berpindah ke tempat lain.

“Terima kasih di atas keprihatinan anda mengenai kediaman saya. MHA baharu sahaja mengeluarkan kenyataan mengenai cabaran keselamatan yang dihadapi mereka sekiranya saya terus tinggal di kediaman saya sekarang,” kata beliau di dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

“Justeru, sebanyak mana saya suka untuk terus tinggal di rumah saya sekarang di Yishun, saya telah menerima syor MHA dan akan melakukan persiapan untuk berpindah ke tempat baharu,” kata beliau.

MHA hari ini berkata Halimah menyatakan beliau ingin terus tinggal di kediamannya sekarang di Yishun, “bergantung kepada pertimbangan keselamatan”.

MHA berkata ia sudah melakukan penilaian terperinci mengenai aturan keselamatan presiden dan memberitahu Halimah bahawa agensi keselamatan berhadapan beberapa cabaran dalam memastikan keselamatan dan perlindungan beliau, jika terus tinggal di kediamannya sekarang.

Justeru, MHA menasihatkan Halimah memikirkan untuk berpindah ke tempat lain, menurut satu kenyataan di dalam laman sesawangnya.

“Ini akan membolehkan agensi-agensi memastikan keselamatan beliau lebih terjamin, “ katanya.
MHA berkata Presiden menerima syornya mengenai keselamatan itu.

“Beliau akan melakukan persiapan untuk berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi,” katanya.

Halimah sebelum ini mengambil keputusan untuk terus tinggal di flat HDB selepas menjadi presiden ke-8 Singapura, bulan lepas.




Sumber Presiden Singapura setuju pindah dari flatnya

Post a Comment

Previous Post Next Post