“Ramai orang muda mohon jadi ahli UMNO” – Annuar Musa

UMNO semakin mendapat perhatian orang muda apabila jumlah permohonan menjadi ahli parti itu meningkat sekali ganda sejak beberapa bulan kebelakangan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata lebih separuh daripada purata 5,000 yang memohon menjadi ahli parti itu pada setiap bulan berumur bawah 40 tahun.

Pada Ogos sahaja, katanya, seramai 5,155 mendaftar sebagai ahli UMNO, membabitkan 2,029 lelaki dan 1,698 wanita berusia bawah 35 tahun.

“Seramai 3,381 orang mendaftar secara dalam talian, manakala selebihnya mendaftar di cawangan, bahagian dan ibu pejabat UMNO.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 3,914 permohonan yang sudah lengkap diterima berdaftar dengan UMNO.

“Dengan kemasukan ramai ahli baharu, jumlah keanggotaan UMNO kini menghampiri empat juta,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO, di sini hari ini.

Beliau berkata, keahlian berdaftar setakat ini membabitkan 1.2 juta ahli dewasa, Wanita UMNO (1.04 juta), Pemuda (620,000) dan Puteri (420,000).

 

Sumber: BH Online



Sumber “Ramai orang muda mohon jadi ahli UMNO” – Annuar Musa

Post a Comment

Previous Post Next Post