Sumbat sup bunjut, bola ping pong dalam vagina lepas tu tak boleh keluarkan! Pakar O&G ini dedah benda-benda gila remaja perempuan buat

Sumbat sup bunjut, bola ping pong dalam vagina lepas tu tak boleh keluarkan! Pakar O&G ini dedah benda-benda gila remaja perempuan buat

Sumbat sup bunjut, bola ping pong dalam vagina lepas tu tak boleh keluarkan! Pakar O&G ini dedah benda-benda gila remaja perempuan buat

 
Pelik, jelik dan semakin gila!

Sebelum itu, bagi sesiapa yang tidak pernah ada pendedahan tentang sup bunjut. Ia adalah campuran herba yang diikat dan dimasukkan oleh mak-mak kita ke dalam sup. Tak kiralah sup ikan merah, sup daging atau sup ayam. Bunjut inilah yang buat sup rasa enak.

Tetapi itu tidak rare.

Sebab yang rare adalah apa yang ingin kami beritahu ini. Selepas bersembang dengan seorang doktor yang bekerja di Jabatan Obstetrik & Ginekologi, di salah sebuah hospital kerajaan.

Kisah yang membuktikan fantasi ranjang masyarakat kita adalah semakin gila.

Doktor ini menceritakan, beliau didatangi seorang pesakit berusia awal 20-an yang mengadu sukar untuk buang air dan merasa sakit yang teruk.

Meskipun beberapa pertanyaan dibuat, sebelum pemeriksaan lanjut. Tidak satu pun memberi jawapan jelas.

Sehinggalah beliau menyeluk bahagian vagina remaja tersebut, barulah semuanya terjawab.

 
 

Doktor itu terkejut dan telah menarik keluar sup bunjut dari vagina, yang sudah pun melekat di dinding rahimnya.

Ya, sup bunjut dalam vagina.

Ternyata ini sebuah definasi ‘Malaysia Boleh’ yang aneh.

Admin terbayang jika sup bunjut tersebut pecah di dalam. Maka terkeluarlah segala bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis dalam ‘kawah manusia’. Jangan terfikir untuk rebus.

Menurut doktor, bukan saja sup bunjut, malah banyak lagi benda pelik yang dimasukkan ke bahagian sulit.

Ada juga kes wanita khususnya remaja memasukkan bola pingpong, lobak merah, timun, pin sepit baju, tisu, pin baju, duit siling dan bermacam-macam lagi.

Guys, this is the truth. There we said it!

Masuk akal tak benda-benda ni dimasukkan dalam vagina korang?

Jangan anggap hal ini remeh kerana fantasi seksual yang tinggi dan gila ini akan mendatangkan kesan kepada kita.
TThis is why.

 

Kami mendapatkan komen dari Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist Hospital. Tentang risiko memasukkan bendasing ke dalam vagina.
Menurut Dr Noorashikin, vagina sifatnya elastik. Perlu diketahui sebarang bendasing yang melekat, tak mudah dikeluarkan dengan jari, risikonya tinggi.
Paling susah nak keluar dan perlu bertemu doktor antaranya tampon.

“Kes ini boleh berlaku andainya seseorang memasukkan tampon yang baru tanpa mengeluarkan tampon yang dimasukkan sebelum itu kerana terlupa. Boleh juga berlaku pasangan melakukan hubungan seks ketika tampon masih ada di dalam faraj.

 

“Ada juga kes di mana wanita lupa untuk mengeluarkan tampon setelah berakhirnya haid. Kes ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia turut terjadi kepada kanak-kanak.

 

“Bendasing lain yang sering dimasukkan atau termasuk ke dalam vagina adalah kertas tisu tandas, gula-gula, alat-alat permainan yang kecil atau pin rambut.

 

“Perlakuan ini terjadi kerana imaginasi datang kepada kanak-kanak, remaja perempuan atau wanita yang ingin meneroka alat kelamin mereka dengan memasukkan sesuatu ke dalamnya, namun gagal untuk mengeluarkannya,” katanya menasihati para remaja dan wanita tidak mencuba sesuatu di luar dugaan.

Jangan sesekali buat kerja gila ini,risiko amat tinggi – Dr Noorashikin Maan

Apa tandanya ada bendasing dalam vagina?

Apakah tanda-tanda yang mungkin menunjukkan terdapat bendasing di dalam faraj anda?

  • Lelehan faraj yang banyak daripada biasa dan mungkin berwarna kekuningan, kemerahan atau warna perang-gelap
  • Lelehan faraj yang mungkin berbau busuk dan mungkin bernanah
  • Faraj berbau busuk walaupun tiada lelehan yang keluar
  • Kegatalan pada bahagian faraj
  • Sakit atau merasa tidak selesa ketika kencing
  • Sakit pada bahagian ari-ari
  • Kemerahan atau mungkin ada kebengkakan pada bahagian faraj
  • Demam yang tinggi

Vagina sangat elastik dan mudah terluka jika kemasukan bendasing terjadi

Dr Noorashikin Maan turut menasihati, kalau ada bendasing termasuk dalam vagina dan gagal dikeluarkan atau terdapat tanda-tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.

Sekiranya kanak-kanak perempuan didapati mengalami tanda-tanda tersebut, perlu dipastikan bahawa tiada sebarang kemungkinan wujudnya penderaan seks berlaku terhadapnya.

Memasukkan bendasing ni, silap hari bulan boleh mencederakan rahim dan menjejaskan peluang untuk beranak.

Jadi fikir long term. Kegilaan fantasi seks demi cinta atau apa pun jua alasan, tidak berbaloi dengan kesannya.

Ambil tahu jika ada dikalangan rkaan-rakan kita yang mengalami masalah ini. Why not kita ajak dia dan lakukan pemeriksaan.

Bukan apa, admin takut kalau lambat-lambat nanti dah boleh masak sup pula di dalamnya!

Yes, admin bzbody.

Sumber: Remaja.my



Sumber Sumbat sup bunjut, bola ping pong dalam vagina lepas tu tak boleh keluarkan! Pakar O&G ini dedah benda-benda gila remaja perempuan buat

Post a Comment

Previous Post Next Post