Tengku Abdullah dukacita keadaan jalan di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah mencemar duli melihat sendiri keadaan jalan di Cameron Highlands berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai.

 

 

Tengku Abdullah dukacita keadaan jalan di Cameron Highlands

Tengku Abdullah dukacita keadaan jalan di Cameron Highlands

 

 

Pada 29 September lalu baginda dijadualkan berangkat pulang dari lawatan kerja di Cameron Highlands ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter, tetapi baginda menitahkan supaya dibatalkan dan persediaan berangkat menggunakan kereta.

Baginda menitahkan supaya berangkat pulang dari Tanah Rata melalui Ringlet-Tapah di Perak, cerita Pegawai khas baginda Rahim Othman dalam Facebook milik peribadinya.

Menurut Rahim, beliau memaklumkan kepada Tengku Abdullah bahawa jalan dari Ringlet banyak yang rosak dan berlubang-lubang.

Tambah Rahim, baginda bertitah baginda mahu melalui jalan berkenaan kerana ramai yang mengadu dan mahu melihatnya sendiri.

“Konvoi diraja bergerak dari Tanah Rata pukul 2.30 petang melalui Ringlet permukaan jalan yang baik.

“Namun masuk sahaja sempadan Negeri Perak menuju Tapah, pemandu memperlahankan kenderaan dan baginda melihat sendiri keadaan jalan yang berlubang-lubang dan bertampal di sana sini,” katanya.

Sepanjang jalan ke Tapah yang mengambil masa dua jam, baginda turun tiga kali termasuk singgah di Hutan Lipur Air Terjun Lata Iskandar.

Kata Rahim, baginda menzahirkan perasaan dukacita dan akan bertindak menulis surat kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya jalan Tapah ke Ringlet diberi keutamaan diselenggara dengan baik.

 

 

 

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Tengku Abdullah dukacita keadaan jalan di Cameron Highlands

Post a Comment

Previous Post Next Post