11 Fakta Menarik Mengenai Bill Gates Pemilik Empayar Besar Microsoft Corporation

Siapa tidak kenal dengan Bill Gates? Rakyat Amerika berusia 62 tahun ini dikenali seluruh  dunia sebagai orang yang paling kaya dunia.

William Henry Gates III dilahirkan pada 28 Oktober 1955  atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan  Amerika Syarikat dan pengasas Microsof Coorparation bersama Paul Allen.

Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Coorparation , syarikat perisian terbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi.

Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

#1- Gaji Yang Tak Masuk Akal

Syarikat gergasi Microsoft antara syarikat yang paling berjaya di atas muka bumi. Dan kerana terlalu berjaya, gaji Bill Gates mencecah RM48.4 billion setahun (2013), iaitu sebanyak RM1,624 setiap saat.

#2- Menjual Program Pertamanya Di Usia 15 Tahun

Microsoft bukan satu-satunya karya dari Bill Gates yang menghasilkan banyak duit.  Pada usia 15, iaitu  sekitar tahun 70an, Bill membuat sebuah program pemantau lalu lintas di Seattle yang diberi nama Traf-o-Data. Dan dengan menjual program tersebut, bersama Paul Allen beliau memperolehi  US$20.000!

 #3- Hafal Nombor Plat Pekerja

Unik dengan cara tersendiri, Bill Gates menghafal nombor plat kenderaan pekerjanya untuk memantau aktiviti mereka. Namun itu dahulu, setelah syarikatnya semakin membesar, beliau tidak lagi mampu melakukannya.

#4- Baca Seluruh Siri World Book Encyclopedia

Rahsia kekayaan dan kejayaan beliau adalah selalu berdampingan dengan buku kerana daripada buku beliau memperolehi ilmu baru.

Minat terhadap membaca bermula sejak kecil. Ketika remaja, Bill Gates membaca keseluruhan siri buku “World Book Encyclopedia”.

 #5-Markah SAT Sangat Mengagumkan

 

Bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat kolej atau universiti di Amerika Syarikat, mereka harus menduduki ujian SAT. Markah penuh bagi SAT adalah 1600, dan Bill Gates memperoleh 1590.

Markah SAT untuk diterima masuk ke Universiti Hardvard adalah 1540.

 #6-Naik Pesawat Seperti Orang Biasa

Berjimat dan tidak bermewah dengan kekayaan yang dimiliki adalah sifat terpuji dalam diri Gates.

Bill Gates akan menaiki kapal terbang seperti orang biasa. Menurut Brad Silverberg, ketika beliau baru menyertai Microsoft pada 1990, ketika itu Microsoft sudah menjadi syarikat yang berjaya. Namun polisi syarikat adalah semua orang harus menaiki pesawat biasa.

Termasuklah Bill Gates, yang duduk di tempat duduk tengah, sambil membaca buku, seperti tak ada apa-apa berlaku. Namun kini Bill Gates menggunakan pesawat yang dibelinya pada tahun 1997, yang beliau anggap sebagai “belanja besar”.

#7- Terlibat Dengan Kesalahan Jalanraya

 Walaupu genius, Bill Gates juga seperti manusia biasa. Pada tahun 1977, 2 tahun selepas berhenti belajar, beliau ditahan di New Mexico atas kesalahan memandu tanpa lesen dan melanggar lampu merah.

Jiwa muda ketika itu menjadi pengajaran buatnya untuk lebih berhati-hati ketika di jalan raya dan menjadi pemandu berhemah.

#8- Bakat Komputer Sejak Kecil

 

 Ketika berusia 13 tahun dan bersekolah di sekolah persedian Lakeside, Bill Gates menulis program komputernya yang pertama menggunakan komputer General Electric (GE). Ia merupakan permainan seperti tic-tac-toe yang anda boleh bermain menentang komputer.

#9-Berhenti Dari Universiti

 

 Seperti banyak usahawan teknologi lain yang berjaya, Bill Gates juga merupakan seorang yang tidak menghabiskan pelajaran di universiti. Pada tahun 1975, beliau meninggalkan Universiti Harvard untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada Microsoft.

Tetapi berhentinya bukan sekadar duduk termenung, beliau mempunyai banyak masa untuk fokus kepada perniagaan yang diusahakannya.

#10-Sangat bijak mengajar anak-anak

 

Bill Gates tidak memberikan anak-anaknya telefon pintar sehingga umur 14 tahun. Selain itu, beliau sangat benci untuk membesar dengan mengharapkan mewarisi kekayaan yang sangat banyak.

Bagi beliau, mendekatkan anak dengan wang adalah satu kesalahan besar yang akan merugikan ibu bapa pada jangka masa panjang.

Ketiga-tiga anak beliau hanya akan diberikan USD10 juta (RM42 juta) setiap seorang. Walaupun nilai itu banyak bagi kita, namun ia tidaklah seberapa dan hanya 0.15% daripada kekayaan beliau iaitu RM362 billion. Selebihnya akan diberikan kepada Bill & Melinda Gates Foundation.

#11-Penyesalan Terbesar Bill Gates

NEW YORK, NY – SEPTEMBER 24: Bill Gates, chairman and founder of Microsoft Corp., listens during the Clinton Global Initiative (CGI) meeting on September 24, 2013 in New York City. Timed to coincide with the United Nations General Assembly, CGI brings together heads of state, CEOs, philanthropists and others to help find solutions to the world’s major problems. (Photo by Ramin Talaie/Getty Images)

Bukan berhenti belajar yang membuat Bill Gates menyesal dalam kehidupannya, tetapi dengan kemampuan komunikasi. Bahasa asing adalah satu keterampilan yang sangat berguna. Dan bagi Bill Gates, dia tidak tahu apa-apa tentang bahasa selain bahasa Inggris. Dan menurutnya, itu adalah penyesalan yang paling besar dalam hidupnya sejauh ini.



Sumber 11 Fakta Menarik Mengenai Bill Gates Pemilik Empayar Besar Microsoft Corporation

Post a Comment

Previous Post Next Post