16 pusat pembelajaran anak pekerja Indonesia di Sarawak

Seramai 950 murid berdaftar dan 39 tenaga pengajar berkhidmat di sekolah untuk anak pekerja Indonesia di Sarawak, kata menteri.

Michael-Manyin-school-sarawak-studentKUCHING: Setakat ini terdapat sebanyak 16 pusat pembelajaran dibina dan beroperasi di ladang-ladang kelapa sawit di seluruh negeri ini untuk anak pekerja warga Indonesia, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.

Beliau berkata pembinaan dan pengoperasian pusat pembelajaran berkenaan diluluskan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Kini terdapat 950 murid dan 39 tenaga pengajar di pusat pembelajaran berkenaan, katanya kepada pemberita hari ini.

Pada program bertemu rakyat Indonesia di bandaraya ini pada Rabu lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo meminta kerajaan Malaysia meluluskan penambahan bilangan pusat pembelajaran seumpama itu bagi membolehkan anak pekerja warga Indonesia mendapatkan pendidikan sempurna.

Presiden Indonesia itu berada di Kuching bagi menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Ke-12 Malaysia-Indonesia.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber 16 pusat pembelajaran anak pekerja Indonesia di Sarawak

Post a Comment

Previous Post Next Post