8 Cara Buat Duit Dengan Menghasilkan Produk Berasaskan Durian Ketika Musim Durian.

RAJA segala buah-buahan, durian sememangnya menjadi kegemaran sesiapa sahaja sama ada dimakan begitu sahaja atau dimasak bersama bahan lain.

Bagi peminat durian, mesti akan tertunggu tunggu musim durian untuk cari durian yang terbaik, paling manis, lembut dan isi yang banyak. Tapi tahukah anda bahawa anda boleh variasikan durian dalam pelbagi jenis produk.

Buah durian sudah terkenal dengan kelazatan dan cita rasanya yang khas. Selain boleh dinikmati secara langsung, “raja” buah ini boleh diolah mengikut kreativi seorang usahawan untuk melariskannya.

#1-Perabut Kayu Durian

Dalam pasaran meja, kerusi, katil, almari kanak-kanak boleh dihasilkan daripada pokok durian yang keras. Kayu durian mempunyai warna cerah amat cantik untuk dijadikan perabot kerana ia tahan lasak dan menarik.

Walaupun kayu durian amat sukar ditemui di pasaran, namun jika ada penebangan pokok tua besar dan banyak maka nilai kayunya juga boleh memberikan pendapatan tambahan kepada pemilik pokok durian.

#2-Durian Bakar

Selain makan begitu sahaja, isi durian boleh dibuat sebagai tempoyak, cendol, manisan dan sebagainya. Durian tersebut dibakar sekali dengan kulit sebelum isi dalamnya dimakan. Ramai berpendapat rasa durian bakar tak sama macam durian biasa yang kita makan.

Ramai yang tertanya-tanya, apa kelainannnya? Menurut penggemar buah durian, mereka menyifatkan isi durian akan jadi lebih lembut, lebih manis dan berlemak.

Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri kemudian menjualnya.

#3- Pulpa Durian

Pulpa adalah produk yang senang dihasilkan dari rumah. Surirumah boleh jana pendapatan dengan menyediakan pulpa dan mensasarkan jualan kepada golongan ibu yang bekerja yang pengemar durian.

Isi atau pulpa durian juga sangat meluas penggunaannya. Pulpa perlu disimpan secara sejuk beku untuk tahan lama. Penambahan produk ini ke dalam beberapa jenis masakan dan resipi membantu menambahkan aroma dan rasa durian di dalam makanan tersebut. Pulpa sering digunakan dalam pembuatan kek dan aiskrim durian.

#4-Serawa Durian Dengan Pulut Hipster

Serawa durian atau pun pengat durian memang sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut. Ada juga sesetengah tempat panggil hidangan ini sebagai bubur durian. Yang pasti cara masakannya adalah lebih kurang sama.

Serawa durian sesuai disajikan bersama pulut kukus, roti putih atau juga roti jala. Ikut selera masing-masing lah kan.

Usahawan harus kreatif kerana pastinya lambakan peniaga menjual serawa ini tetapi jika anda gabungkan dengan pulut hipster pastinya jualan anda naik seperti roket.

#5-Tempura Durian

Jika anda berkunjung ke Hotel New York, Johor Baharu, hidangan ini merupakan daya penarik yang mendapat pilihan utama untuk dinikmati pengunjung hotel.

Tempura ini disediakan dengan membalut isi durian yang telah diadun dan dibalut dengan kulit dan disimpan dalam sejuk beku. Tempura mentah ini perlu digoreng dengan minyak masak sebelum boleh di makan.

#6-Jem Durian

Jem durian amat mudah dihasilkan. Tidak memerlukan banyak bahan jadi kos penghasilan boleh dijimatkan. Jem durian dihasilkan melalui proses mengadun isi durian dan dimasak bersama bahan campuran lain sehingga menjadi jem dan dimasukkan dalam botol mengikut kesesuaian harga.

Jem durian boleh dimakan dengan roti, atau dissapu pada kepingan biskut untuk dinikmati makan petang.

#7- Cendol Durian

Cuaca yang tidak menentu menyebabkan permintaan terhadapa cendol tinggi kerana boleh menghilangkan kepanasan dan dahaga.

Jika bukan musim durian sekalipun, permintaan terhadap cendol ini tinggi kerana mempunyai kelompok penggemar raja buah ini.

Resipi lama diperbaharui seperti ini pastinya menarik orang ramai kerana ia sesuatu yang berbeza dan rakyat Malaysia harus kreatif dalam inovasi dan persembahan makanan.

#8-Kerepek Daripada Biji Durian

Permintaan terhadap kerepek pisang ini akan meningkat  menjelang Hari Raya Aidilfitri, meningkat mendadak terutama pada musim cuti umum dan cuti sekolah. Produk ini adalah makanan yang perlu dinikmati sepanjang zaman.

Tidak kira peringkat umur, kerepek menjadi kudapan ketika menonton televisyen, balik kampung atau apa jua aktiviti kekeluargaan yang lain.



Sumber 8 Cara Buat Duit Dengan Menghasilkan Produk Berasaskan Durian Ketika Musim Durian.

Post a Comment

Previous Post Next Post