Pengumuman dibuat menerusi akaun Twitter rasminya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang pernah diwakilinya dan rakan sepasukan yang pernah beraksi dengannya.
Dianggap seorang genius dan 'gentleman' sebenar dalam bola sepak, Pirlo dilahirkan pada 19 Mei 1979 di Flero Itali.
Beliau terkenal sebagai seorang pemain tengah bertahan yang pakar dalam menguasai bola, memintas hantaran dan mambaca serangan pihak lawan.
Pirlo juga seorang ‘playmaker’ iaitu mengatur serangan dengan mencipta ruang kepada pemain penyerang ketika transisi daripada bertahan kepada menyerang.
Bermula kerjaya seniornya di Berscia Calcio pada 1995, nama Pirlo mula disebut semasa beraksi di AC Milan pada 2001 di bawah bimbangan Carllo Ancelotti.
Sebelum ini, Pirlo beraksi untuk musuh tradisi Milan, Inter Milan (1998-2001) namun gagal mendapat tempat dalam skuad utama dan kerap dipinjamkan ke kelab lain.
Di AC Milan, Pirlo mula mencipta dirinya sebagai seorang pemain tengah bertaraf dunia dengan membantu pasukan itu menjuarai dua gelaran Serie A pada musim 2003/04 dan 2010/11.
Selain itu AC Milan juga menjuarai liga juara-juara Eropah sebanyak dua kali bersama Pirlo iaitu pada musim 2002/03 dan 2006/07.
Pirlo membuat 401 penampilan dan 41 gol untuk Milan sebelum berhijrah ke Juventus secara percuma pada 2011.
Di Juventus, Pirlo berjaya membantu pasukannya menjuarai empat kejuaraan Serie A berturut-turut dari 2011 sehingga 2015 sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyertai New York City.
Pirlo juga gah di arena bola sepak antarabangsa bersama skuad Itali dengan menjuarai Piala Dunia pada 2006 di Jerman selepas beraksi sebanyak 116 perlawanan untuk skuad Azzurri itu.
Sumber Andrea Pirlo umum bersara