Dr Muhammed dalam video dia yang viral itu hari ada sebut beberapa kali berkenaan M40 dan B40.
Aku yang tak arif bab istilah ekonomi ni, tertanya-tanya juga apa benda B dan M40 ni. Dah macam gred jawatan kerajaan M41 (PTD).
http://ift.tt/1guO7dWJadi aku Google. Jumpalah aku beberapa penerangan berkenaan istilah ni.
Secara mudahnya, pendapatan isi rumah di Malaysia dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu T20, M40 dan B40.
T20 ni adalah kumpulan yang berpendapatan RM8319 dan ke atas. M40 pula kumpulan yang berpendapatan antara RM3860 ke RM8319 manakala B40 berpendapatan dibawah RM3860.
Maksudnya kat sini, 80% dari rakyat Malaysia berpendapatan isi rumah RM8319 dan ke bawah. Ingat pendapatan isi rumah ya, bukan gaji individu.
Jadi kalau kau dan isteri masing-masing bergaji RM2000 sebulan kau dah berada di kategori pertengahan M40. Orang putih cakap golongan middle class.
Jadi sekarang ni, kau ada di kumpulan mana?
Fuad Ahmad
Sumber Beza Pendapatan T20, M40, B40 Di Malaysia