BINTANG bola sepak China, Li Lei dan isterinya, telah mengejutkan ramai apabila video mereka dipaksa turun dari pesawat dengan tangan digari, telah tersebar di media sosial negara berkenaan.
Pasangan itu dikatakan telah bergaduh dengan kru pesawat dan enggan turun dari pesawat yang telah dibatalkan penerbangan itu.
Ketika kejadian mereka menaiki penerbangan Air China dari Haikou menuju ke Beijing. Disebabkan cuaca buruk di Beijing, pesawat terbabit telah tertunda selama lima jam sebelum dibatalkan.
Ia menyebabkan semua penumpang terpaksa turun dari pesawat berkenaan namun Li Lei dan isterinya enggan berbuat demikian kerana marah penerbangan itu tertunda, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 5 Oktober lalu.
Li Lei turut bertengkar dengan kru penerbangan dan membaling air panas ke atas lantai hingga memaksa polis dipanggil ke atas pesawat.
Selepas berdegil dan enggan beredar dari situ, polis telah menggari Li Lei dan isterinya.
Dalam video itu, Li Lei telah memarahi polis dan melarang mereka menyentuh dia dan isterinya sementara polis pula menyatakan mereka berbuat demikian kepada pemain bola itu serta isteri enggan memberikan kerjasama.
Video itu diakhiri dengan kedua-duanya dibawa turun dari pesawat dan menuju ke dalam lapangan terbang.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Bintang bola sepak China dan isteri digari