“Jangan cepat hukum, kita tidak boleh terus salahkan Safiq kerana kita juga tidak tahu apa yang dia hadapi” – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) tidak pernah menyekat hak kebebasan bersuara mana-mana pemain dan melihat tindakan ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mengeluarkan perkataan lucah ketika meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia semalam bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

"Jangan cepat hukum, kita tidak boleh terus salahkan Safiq kerana kita juga tidak tahu apa yang dia hadapi" - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia

“Jangan cepat hukum, kita tidak boleh terus salahkan Safiq kerana kita juga tidak tahu apa yang dia hadapi” – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia

Sebagai persatuan yang mewakili pemain profesional di negara ini, PFAM tidak akan berpihak kepada sebelah pihak kerana tidak tahu apa yang sebenarnya situasi Safiq sebelum atau pun selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, semalam.

Timbalan Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya berkata tindakan Safiq itu mungkin ingin melepaskan tekanan dan kegembiraan selepas membantu Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia.

“Kita tidak pernah menyekat hak pemain bersuara, cuma daripada penggunaan bahasa, ia kurang elok.

“Jadi bagi saya, kita tidak boleh terus salahkan Safiq kerana kita juga tidak tahu apa yang dia hadapi sebelum, ketika atau pun selepas perlawanan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana, PFAM-asiana.my hari ini.

Insiden itu berlaku selepas JDT berjaya menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam dan video yang menunjukkan tindakan kapten kebangsaan itu mencarut terjadi di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan skuad Harimau Selatan.Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang tular di laman sosial, Safiq mengeluarkan kata-kata “P….. kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara) sekarang” kata Safiq dalam rakaman itu.

Dalam masa sama, Rezal tidak dapat menafikan ada kalanya pemain profesional juga melakukan tindakan luar kawalan seperti yang dilakukan pemain Marseille dari Perancis, Patrice Evra yang menyepak penyokong pasukannya.

“Kejadian itu berlaku ketika Safiq sedang meraikan kejayaan mereka bersama pemain lain dan bukannya ketika acara atau pun temubual rasmi. Saya percaya kalau ketika acara rasmi, perkataan itu tidak akan keluar daripada mulut Safiq.

“Ini bukan bermakna kita menyokong apa yang berlaku. Cuma dalam situasi tertentu, kejadian seperti ini boleh berlaku, bergantung kepada apa yang dihadapi oleh pemain,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber “Jangan cepat hukum, kita tidak boleh terus salahkan Safiq kerana kita juga tidak tahu apa yang dia hadapi” – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post