JDT beri wang kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir Pulau Pinang

JUARA Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menyerahkan wang kemenangan kejohanan berprestij itu kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.
 
Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.
 
“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.
 
“YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim,”   menurut kenyataan tersebut.
 
Dalam pada itu, di ruangan komen pengguna laman sosial memuji tindakan kelab bola sepak tersebut, termasuk rakyat Pulau Pinang sendiri.
 
Rata-rata mereka kagum dengan keprihatinan yang ditunjukkan kelab bola sepak tersebut.

Entri tersebut juga telah dikongsi lebih 2,600 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik 12 jam lalu.
 
JDT dinobat sebagai juara Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
 



Sumber JDT beri wang kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir Pulau Pinang

Post a Comment

Previous Post Next Post