Kahwin Diam-Diam, Dapat Anak Umum di Instagram

Agak lama menyepi daripada meraih publisiti sejak bergelar suami, penyanyi rap Korea Selatan, Kang Gary mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan kelahiran anak sulungnya kelmarin menerusi laman Instagram miliknya.

"Gary Junior," tulisnya di laman tersebut mengumumkan jantina anaknya iaitu lelaki.

..

Terdahulu, bekas hos program realiti popular Running Man itu turut mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan perkahwinannya April lalu.

Bagaimanapun, ramai juga peminat yang mengucapkan tahniah atas berita gembira tersebut.

Sehingga kini, Gary tidak mendedahkan identiti isterinya kepada umum.



Sumber Kahwin Diam-Diam, Dapat Anak Umum di Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post