Majalah popular itu akan mengangkat ikon tersebut untuk menghiasi muka hadapan edisi November setiap tahun.
Blake, 41, disifatkan mempunyai pesona tersendiri dan mampu membuatkan ramai hati wanita cair apabila berdepan dengannya.Hal itu terbukti apabila penyanyi Gwen Stefani sendiri jatuh hati dengan Blake ketika digandingkan dalam rancangan realiti The Voice beberapa tahun lalu.
Malah, Blake juga menempa kejayaan dalam bidang perniagaan apabila baru membuka sebuah restoran makanan segera berkonsepkan 'country' di Oklahama, Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Blake Shelton merupakan lelaki paling seksi tahun ini dan paling penting dia sudah tidak sabar untuk menunjukkan wajahnya di edisi terbaharu People kepada Adam Levine," tulis People.
Sumber Kalahkan Zac Efron, Blake Shelton lelaki paling seksi 2017
Tags:
Hiburan AA+