Macau Scam: Baca ini kalau tak nak ditipu!

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti empat cara beroperasi sindiket penipuan telekomunikasi atau 'Macau Scam' yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad berkata, sindiket beroperasi dengan cara menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial.

"Macau Scam' didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

'Spoofing' ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombo yang tertera di skrin.

Modus Operandi (Cara beroperasi)

i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

ii) 'Spoofing' pegawai polis / agensi kerajaan

Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

iii) 'Spoofing' pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

Apa yang perlu dilakukan jika anda berdepan situasi seperti di atas:

i). Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu;

ii) Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit;

iii) Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut;

iv) Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali, dan;

v) Layari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamanya.

Menurut Asmawati, mangsa penipuan sebegini perlu membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil segera.



Sumber Macau Scam: Baca ini kalau tak nak ditipu!

Post a Comment

Previous Post Next Post