3 Teknik Gambar Yang Boleh Bantu Lonjakkan Jualan Bisnes Anda di Facebook.

Mata manusia memang tercipta untuk cepat terarah kepada sesuatu yang cantik dan menarik. Begitulah kuasa mata jika dengan pantas dapat menangkap gambar yang memberi nilai-nilai dalam kehidupan seseorang.

Penggunaan gambar yang baik dapat memberi pendekatan emosional kepada pelanggan. Cara interaktif ini pada akhirnya akan membantu meningkatkan penjualan. Ini bererti  produk  Anda memerlukan image & graphic yang menakjubkan, video dan tampilan visual untuk di-share.

Majalah Niaga kongsikan 3 teknik gambar yang usahawan perlu tahu dan kuasai .Dalam bisnes anda perlu tahu teknik ini. Ramai usahawan baru yang terlibat bisnes yang gagal memahami konteks pemilihan gambar yang baik dan sesuai dalam bisnes. Untuk hasilkan jualan ada proses nya. Bukan terus nak menjual sebab anda akan kecewa sales tak masuk-masuk.

#1-Gambar Produk Dengan Pengguna

Satu kelebihan jika anda menggunakan artis atau sesiapa yang ada nama untuk memegang produk anda kerana ianya akan memberi impak kepada penjualan produk anda.

Hal ini kerana, contohnya Baskin Robin menggunakan Amyra Rosli sebagai dutanya dan gambar Amyra bersama Baskin Robin akan membuatkan pengguna ingin merasai keenakan ais krim yang disajikan.

Jika anda tiada modal untuk mengupah orang lain, anda boleh minta kawan-kawan atau adik beradik untuk pegang produk anda dan mengambil gambar yang cantik.

Biasanya gambar ini diambil bergantung kepada produk yang ditawarkan. Jika produk kecantikan wajah pastinya lebih tertumpu pada wajah, jika pakaian ianya tertumpu pada badan si model dan sebaliknya.

Pelbagaikan sudut dan kreativiti gambar anda seperti ambil gambar close-up dari pandangan atas atau bawah. Untuk buatkan gambar anda nampak lebih cantik dan jika hendak suntik elemen emosi pada gambar , anda boleh tambah ayat headline.

#2-Gambar Sebelum dan Selepas Gunakan Produk

Saya yakin anda semua dah biasa dengar teknik “Sebelum dan Selepas” ini, namun nak dipraktikkan tu jarang-jarang atau ada yang tak endahkan langsung. Untuk isu kali ini, saya akan mendedahkan kepada anda tentang teknik ini dengan lebih meluas lagi.

Untuk pengenalan tadi, itu adalah teknik cerita. Teknik ini selalu digunakan dalam email untuk memancing pelanggan. Anda menceritakan kisah sebelum yang mana agak murung/merundum/sedih/gagal dan perubahan kepada selepas yang mana jauh lebih baik/positif/membina/berjaya.

Buatkan satu album khas untuk muatnaik banyak gambar. Semasa anda buat post iklan, letakkan link ke album testimoni. Audiens akan lebih yakin jika banyak testimoni untuk produk anda.

Contohnya jika anda menjual produk kesihatan tunjukkan gambar sebelum dan selepas penggunaan. Gambar yang menampakkan emosi positif pelanggan setelah menggunakan produk anda.

#3-Gambar Offer Produk

War-warkan tentang promosi yang anda jalankan pada gambar yang menarik. Fokus kepada perkataan seperti “SALE!”“BONUS!”“OFFER!”, akan dapat buatkan audiens rasa tidak sabar ingin tahu tentang TAWARAN  yang anda buat.

Selalunya, jika anda meletakkan potongan harga berbentuk angka dalam gambar, iklan anda akan engagement yang lebih tinggi. Tak kira la anda jual produk atau servis apapun, yang penting anda dah ada followers sendiri.

Anda mesti memastikan perkataan pada gambar jelas dan terang supaya apabila audiens ‘scroll’ Facebook, post anda akan lebih menonjol dari post-post lain. Perkataan dan warna memainkan peranan penting.

Biasanya penggunaan warna merah dan kuning menjadi warna kegemaran peniaga kerana terang dan mudah dilihat. Anda boleh gunakan software percuma seperti paint  dan design mengikut kreativiti sendiri.



Sumber 3 Teknik Gambar Yang Boleh Bantu Lonjakkan Jualan Bisnes Anda di Facebook.

Post a Comment

Previous Post Next Post