Apa Kata Tempah Satu Malam, Percuma Satu Malam

Apa Kata Tempah Satu Malam, Percuma Satu Malam

Pengunjung digalakkan membuat tempahan lebih awal jika mahu menginap di Hotel Flamingo By The Beach Pulau Pinang. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Mengapa perlu bayar sedangkan anda layak memperolehi penginapan percuma apabila menginap di Hotel Flamingo By The Beach Pulau Pinang.

Bersempena cuti sekolah ketika ini, promosi ini bermula dari 18 November lalu sehingga 31 March 2018 adalah satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja.

Penginapan istimewa tempah satu malam dan percuma satu malam ditawarkan khas untuk semua pelanggan yang ingin bercuti di Hotel Flamingo By The Beach Pulau Pinang.

STANDARD EMPAT BINTANG

Pakej istimewa ini amat sesuai untuk seisi keluarga kerana cukup menjimatkan tanpa perlu bayar lebih.

Pengurus Besarnya, Ong Hai Leong berkata, harga bermula dari RM420 bersih termasuk sarapan pagi dan setiap promosi layak untuk mendapatkan pakej penginapan sama ada untuk bilik Deluxe Hill View, Deluxe Sea View dan Suite 2 bilik.

“Keistimewaan hotel bertaraf empat bintang ini sememangnya cukup menarik selain memiliki kolam renang yang besar, jakuzi dan paling penting dekat dengan laut untuk bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Pakej istimewa ini amat sesuai untuk seisi keluarga kerana cukup menjimatkan tanpa perlu bayar lebih kerana diberikan penginapan percuma dalam satu harga," katanya.

TEMPAH AWAL

Panorama mengasyikkan menghadap laut antara tarikan pada pengunjung yang menginap di Hotel Flamingo By The Beach Pulau Pinang.

Ong berkata, setiap tempahan bilik juga perlu dibuat lebih awal bagi mengelak ketiadaan bilik terutama pada hujung minggu yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

Tambahnya, kelebihan hotel ini juga dekat dengan pusat bandar sekitar 15 minit dan juga berdekatan dengan Pasar Malam Batu Feringghi yang sentiasa menjadi lokasi ramai pengunjung.

Memberi tarikan, pihak hotel juga mengadakan promosi Bufet Hi-Tea pada setiap Sabtu dari jam 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang dengan harga RM53 bersih (dewasa), RM29 (kanak-kanak dan warga emas).

"Turut disediakan Fishermen Night khas untuk pengemar makanan laut pada setiap Sabtu dari jam 7 malam sehingga 10.30 malam pada harga RM85 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak dan warga emas)," katanya.

Bagi yang ingin membuat tempahan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Tempahan ditalian 04-892 7111 atau email kepada rsvn@flamingo.com.my atau layari laman sesawang rasmi Flamingo Hotel By The Beach Penang di www.flamingo.com.my.
 



Sumber Apa Kata Tempah Satu Malam, Percuma Satu Malam

Post a Comment

Previous Post Next Post