Dera anjing? Peserta ‘Cesar’s Rescue: Asia’ rela disiasat

Samy Velu Chandrasagaran dikecam berikutan dua rakaman anjing didera di pusat latihan miliknya tular di media sosial. — Foto ihsan Facebook/Malaysia Dog TrainingSamy Velu Chandrasagaran dikecam berikutan dua rakaman anjing didera di pusat latihan miliknya tular di media sosial. — Foto ihsan Facebook/Malaysia Dog TrainingKUALA LUMPUR, 29 Dis — Seorang jurulatih anjing terkenal dikecam berikutan rakaman haiwan itu didera di pusat latihan miliknya, menular sejak semalam.

Samy Velu Chandrasagaran, 33 tahun, pemilik “Sams Dog Training” di Puchong berkata rakaman video dibuat pasangan suami isteri, yang dahulunya pelajar pelatih dan bukan kakitangannya.

Menafikan terlibat, peserta akhir Cesar’s Rescue: Asia, sebuah program realiti televisyen mencari jurulatih anjing terbaik itu, berkata rakaman disebar bekas pengurus syarikat yang meletak jawatan November lalu.

Beliau mengesyaki bekas pengurus tersebut sengaja mencemar nama baiknya berikutan lelaki itu sudah membuka pusat latihan sendiri.

Samy yang membuat aduan polis hari ini turut memuat naik surat kesediaan disiasat Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Facebook..

Rakaman menunjukkan seorang pelatih wanita memukul anjing manakala seorang pelatih lelaki mencekak kepala haiwan itu untuk mengambil tulang yang digigit.

Namun ada pengguna media sosial yang tidak mempercayai alasan Samy berikutan suaranya didakwa kedengaran dalam rakaman tersebut.

Baca selanjutnya di Malay Mail.



Sumber Dera anjing? Peserta ‘Cesar’s Rescue: Asia’ rela disiasat

Post a Comment

Previous Post Next Post