'Dia rembat beg saya' - Aliff rugi lebih RM120,000+, beg dirembat semasa jalani latihan muzik video di Spain

Jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri kesal beg sandangnya dirembat semasa dia sedang sibuk menjalani latihan muzik video di Sepanyol, baru-baru ini. 
Pengasas jenama D'Herbs itu juga kehilangan jam tangan bernilai lebih RM100,000 jenama Cartier, selain hilang wang tunai hampir RM20,000, kad kredit dan kad pengenalan. 
"Jangan salah tafsir tentang report yang saya post sebelum ini. Saya tak nak terangkan di sana sebab saya tengah bad mood. 
"Hari ini saya terangkan perkara sebenarnya. Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya berada di Spain. 
"Mamat dalam bulatan ini rembat beg sandang Solvatore Faragamo saya semasa saya tengah leka training. So lesaplah cash yang saya bawa 4,000 euro, kad kredit, IC saya, jam cartier RM100,000+. 
"Tetapi saya gigihkan juga sebab demi nak menyiapkan muzik video Abang Nak Tegur. Hanya Allah saja yang tahu dugaan saya yang saya tak kongsikan," tulisnya di Instagram. 


Sumber 'Dia rembat beg saya' - Aliff rugi lebih RM120,000+, beg dirembat semasa jalani latihan muzik video di Spain

Post a Comment

Previous Post Next Post