Didakwa Sindir Fattah, Shila Amzah ‘Back Up’ Jihan

BEBERAPA hari lalu pengacara terkenal, Jihan Muse meluahkan rasa ‘tidak puas hatinya’ di media sosial yang dikatakan gara-gara kegagalan aktor Fattah Amin untuk muncul di program MeleTOP baru-baru ini.

Didakwa Sindir Fattah, Shila Amzah ‘Back Up’ Jihan

Didakwa Sindir Fattah, Shila Amzah ‘Back Up’ Jihan

Ekoran luahan perasaan yang dimuat naik menerusi Twitter itu, Jihan dilihat menerima banyak cemuhan dan kritikan negatif terutamanya daripada peminat fanatik figura kacak berkenaan.

Tahniah! Jihan Muse Kini Hamil 4 BulanPENGACARA POPULAR, JIHAN MUSE

Bagi menjernihkan keadaan berkenaan, pelantun lagu Patah Seribu, Shila Amzah dilihat tampil bagi membersihkan nama rakan baik yang sudah tercalar dek dakwaan tidak berasas itu.

Shila menerusi perkongsian di Insta story miliknya memberitahu tweet berkenaan sama sekali tidak ada kaitan dengan Fattah.

Sebaliknya, ‘hero’ yang dimaksudkan oleh Jihan adalah individu yang pernah bekerja dengan pengacara berkenaan dan sekali lagi menegaskan orang itu bukanlah Fattah.

SCREENSHOT INSTA STORY MILIK PENYANYI, SHILA HAMZAH

Dalam pada itu, Shila turut meminta agar netizen supaya berhenti daripada terus mengeruhkan keadaan dengan dengan spekulasi yang tidak sepatutnya.

Penyanyi yang berasal daripada ibu kota ini berkata demikian dalam posting berkenaan bagi memberi pencerahan berhubung spekulasi yang melanda Jihan.

Bagaimanapun, nampaknya Jihan sendiri dilihat telah mengaku bahawa kenyataan itu sememangnya tidak ditujukan kepada Fattah seperti mana yang didakwa oleh segelintir pihak menerusi satu lagi posting yang berlainan.

Menerusi posting berkenaan, secara berseloroh pengacara berkata tweet itu untuk individu lain dan mengakui kesal dan tertekan terhadap kritikan netizen yang suka membuat tuduhan melulu.

SCREENSHOT TWEET MILIK PENGACARA, JIHAN MUSE

Haaa…Diharapkan dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Shila dan Jihan ini dapat menjawab segala persoalan mak cik-makcik bawang diluar sana ya! 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM

 



Sumber Didakwa Sindir Fattah, Shila Amzah ‘Back Up’ Jihan

Post a Comment

Previous Post Next Post