Enaknya mi rebus utara di Petaling Jaya

Mi rebus Selera Utara di medan selera Damansara Kim, Petaling Jaya dengan kuahnya yang likat memikat pelanggan. — Foto-foto oleh Choo Choy May Mi rebus Selera Utara di medan selera Damansara Kim, Petaling Jaya dengan kuahnya yang likat memikat pelanggan. — Foto-foto oleh Choo Choy May PETALING JAYA, 20 Dis — Dari luar kelihatan seperti medan selera biasa tetapi di dalamnya ada sebuah gerai yang terkenal dengan keenakan mi rebus utara.

Di gerai nombor 11, warung Selera Utara yang diusahakan Wan Som, 65, menyajikan menu seperti mi goreng, mi bandung dan nasi goreng.

Diusahakan bersama suaminya Sulaiman Hamidi, 67, pernah bekerja di gerai pakciknya di Kubu Gajah, Perak pada awal 1970-an tetapi kini sakit.

Sajian mi rebus kelihatan biasa sahaja, mi kuning celur dalam sup kemerah-merahan, dimasukkan udang, tauhu goreng, telur dan kentang rebus.

Warung Selera Utara dikendali Wan Som (duduk) dengan dua pembantu.Warung Selera Utara dikendali Wan Som (duduk) dengan dua pembantu.Namun ia sebenarnya enak. Taburan sayur, cili potong dan bawang goreng serta pilihan jeruk cili hijau memeriahkan” lagi sajian menarik ini.

Wan Som berkata rahsia keenakan mi rebus Selera Utara terletak pada kuahnya yang pekat, diperbuat daripada udang kering dan cili kering.

Tanpa menggunakan tepung untuk melikatkannya, beliau menggunakan ubi keledek rebus untuk memekatkan lagi kuah.

Perahan limau nipis menambahkan lagi rasa dengan potongan daun kucai dan udang goreng.

Kuah merah mi bandung Selera Utara di medan selera Damansara Kim memang membangkitkan selera peminatnya.Kuah merah mi bandung Selera Utara di medan selera Damansara Kim memang membangkitkan selera peminatnya.Selain mi rebus, masakan mi goreng dengan hirisan daging lembu, tauhu, dan bawang goreng turut menjadi pilihan pengunjung.

Begitu juga mi bandungnya, kuah rebusan daging yang dicampur sambal istimewa daripada cili kering, pes kacang soya yang diperam, halia dan serai.

Biji bijan, telur rebus separuh masak dan hirisan daging dimasukkan dalam kuah pedas beserta mi kuning untuk membuka selera pelanggan.

Berniaga sejak 1983, pasangan ini pada mulanya membuka warung di belakang stesen polis di Damansara Jaya, kini dikenali Damansara Uptown.

Mi goreng (kanan), mi bandung dan mi rebus (atas) yang menjadi tarikan ke warung Wan Som di Damansara Kim.Mi goreng (kanan), mi bandung dan mi rebus (atas) yang menjadi tarikan ke warung Wan Som di Damansara Kim.Warung Selera Utara Wan Som sekarang berpindah ke medan selera Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Damansara Kim.

Alamat lengkapnya Gerai No 11, Jalan SS20/10, Damansara Kim, Petaling Jaya. Ia dibuka antara 10 pagi hingga 4 petang, ia ditutup pada Ahad dan cuti umum.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Enaknya mi rebus utara di Petaling Jaya

Post a Comment

Previous Post Next Post