KUALA LUMPUR: Terlalu bersedih kerana kehilangan datuk tersayang, pelakon Fadlan Hazim demam panas hingga dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta, di sini, sejak seminggu lalu.
Kesihatan Fadlan mula terganggu selepas kematian datuknya, Md Idris Lahuma, akibat sakit tua pada 4 Disember lalu.
"Saya sangat rapat dengan arwah. Dia adalah lelaki penting dalam hidup saya, malah seperti bapa sendiri.
"Saya terlalu terkenangkan arwah selepas dia pergi tempoh hari," katanya kepada BH Online.
Pelakon drama Papa Ricky itu memberitahu, beliau bagaimanapun bersyukur kerana sempat menjaga arwah datuknya itu.
"Saya masih ingat terima panggilan kecemasan pada malam 29 November memberitahu datuk saya jatuh. Arwah koma selama seminggu.
"Sejak itu, saya buat keputusan tinggalkan semua urusan dan menjaga datuk di hospital sehingga arwah dijemput Ilahi pada 4 Disember lalu," katanya.
Akuinya, meskipun reda dengan pemergian datuk, kesedihan yang ditanggung membuatkan beliau kurang tidur.
Fadlan turut memuat naik beberapa gambar dengan mesej masih bersedih terkenangkan arwah atuknya itu.
Sumber Fadlan demam panas rindukan datuk