Ikan kembung RM5 sekilo, tiga jam habis dijual

Diadakan di kawasan lapang, program itu turut menjual ayam pencen RM6 seekor, ayam biasa RM10 seekor dan gas RM20 setong. ― Foto ihsan Facebook/Mohd AzliDiadakan di kawasan lapang, program itu turut menjual ayam pencen RM6 seekor, ayam biasa RM10 seekor dan gas RM20 setong. ― Foto ihsan Facebook/Mohd AzliPELABUHAN KLANG, 17 Dis — Kira-kira 1,500 orang berebut membeli empat tan ikan dalam satu program jualan murah di sini semalam.

Pengunjung sanggup beratur seawal jam 9 pagi, untuk membeli ikan kembung, cencaru, sardin dan mabong berharga RM5 sekilogram, lapor Harian Metro.

Setiausaha Umno bahagian Klang Abu Hassan Rosli berkata bekalan ikan itu habis dijual tidak sampai jam 12 tengah hari di Pandamaran Jaya.

“Empat tan bekalan terdiri daripada pelbagai ikan, 1,000 ekor ayam, 150 tong gas dan 200 rak telur habis di jual pagi ini (semalam),” katanya. 

Diadakan di kawasan lapang, Jalan 7, di sini, program itu turut menjual ayam pencen RM6 seekor, ayam biasa (RM10 seekor) dan tong gas RM20.

Rata-rata pengunjung menyuarakan rasa teruja dengan program itu kerana menawarkan bahan mentah murah sekaligus meringankan beban isi rumah.

“Hari ini (semalam) saya beli tujuh kg ikan cencaru dan tiga kg ikan kembung dengan kos RM50 sahaja,” kata suri rumah Salwati Yusof, 44.

“Jika beli di kedai lain, kosnya mungkin dekat RM90,” katanya yang menetap di Bandar Sultan Suleiman dekat sini.



Sumber Ikan kembung RM5 sekilo, tiga jam habis dijual

Post a Comment

Previous Post Next Post