Kartunis marah, Israel pindah kota baharu

Kartunis Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ayie melukis karikatur sempena Program Solidariti Kartunis Malaysia Selamatkan Baitulmuqaddis di Muzium Negara hari ini. ― Foto BernamaKartunis Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ayie melukis karikatur sempena Program Solidariti Kartunis Malaysia Selamatkan Baitulmuqaddis di Muzium Negara hari ini. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 30 Dis ― Kira-kira 100 kartunis tempatan menzahirkan tentangan terhadap  tindakan Amerika  Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dengan melukis kartun beramai-ramai di Muzium Negara.

“Semua kartunis yang ada pada hari ini dan esok berkumpul untuk bersolidariti mempertahankan Baitulmuqaddis dengan menzahirkan perasaan marah, geram dan sebagainya dalam bentuk lukisan kartun,” kata Pengasas dan Pengerusi Yayasan Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar atau lebih dikenali  sebagai Juragan.Program ‘Solidariti Kartunis Malaysia Selamatkan Baitulmuqaddis' itu dianjurkan bersama Muzium Negara sempena Pameran Kartun dan Kita yang berlangsung di muzium itu dari 8 Disember hingga 15 April depan.

“Tujuan program solidariti ini adalah bagi menunjukkan kepada masyarakat dan juga seluruh dunia bahawa golongan kartunis juga prihatin terhadap apa yang berlaku di Palestin,” kata Juragan kepada pemberita pada pelancaran program itu di sini hari ini.

Menurut Juragan, karya yang dilukis di atas dua kanvas putih masing-masing berukuran 13 meter persegi itu akan dipamerkan sepanjang pameran kartun itu berlangsung.

Pengarah Muzium Negara Azmi Ismail pula berkata kartun antara medium yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai isu dengan cara sinikal, kritikal atau mencuit hati.

Bagi kartunis Shaari Sulong, 44, atau Aie, beliau ingin memberitahu dunia bahawa golongan kartunis sedang bersuara walaupun bukan melalui kekerasan atau peperangan.

“Kerajaan dah jalankan apa yang sepatutnya (dalam menyuarakan bantahan). Jadi usaha kita ini cuma menyambung supaya isu ini (Palestin dan  Baitulmuqaddis) tidak sejuk tiba-tiba.

“Jadi kita gunakan kelebihan kita untuk menzahirkan secara visual dan cuba lakukan sepedas mungkin supaya sedikit sebanyak memberi kesan kepada si pelaku (pentadbiran AS),” katanya.

Aie berkata karyanya menunjukkan watak Yoda dari filem Star Wars memberitahu karikatur  Presiden Donald Trump yang dia malu dengan tindakan pemimpin AS itu dan pentadbiran beliau dalam isu Palestin.

“Saiz Yoda yang kecil itu sendiri menggambarkan Trump membuli mereka yang lebih kecil daripada beliau dan tindakannya itu adalah memalukan,” katanya. ― Bernama



Sumber Kartunis marah, Israel pindah kota baharu

Post a Comment

Previous Post Next Post