LHDN tuntut MMC Corp bayar cukai, penalti RM45.91 juta

MMC akan membuat pembayaran penuh cukai pendapatan tambahan itu kepada LHDN yang tidak dijangka mempunyai kesan penting ke atas aset bersih mereka bagi tahun ini.

lhdn-mmc-taxKUALA LUMPUR: MMC Corp Bhd menerima notis taksiran daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung audit cukai bagi tahun taksiran 2011 hingga 2013 untuk cukai pendapatan dan penalti tambahan sebanyak RM45.91 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MMC berkata, ia menerima notis terbabit pada 27 Disember lalu.

“Menurut notis berkenaan, cukai pendapatan tambahan dikenakan kerana LHDN berpendapat perbelanjaan faedah berkaitan pelaburan tertentu oleh MMC tidak layak untuk mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

MMC berkata, selepas berunding dengan penasihat cukainya, ia berpendapat terdapat alasan munasabah untuk mencabar notis taksiran itu dan merancang memfailkan notis rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan serta mengambil semua langkah perlu.

Bagaimanapun, ia berkata, kumpulan itu akan membuat pembayaran penuh cukai pendapatan tambahan tanpa prasangka kepada LHDN.

Menurutnya, cukai pendapatan tambahan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan penting ke atas aset bersih atau penggearan Kumpulan MMC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber LHDN tuntut MMC Corp bayar cukai, penalti RM45.91 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post