Rupanya 'si tak takut mati' maut akibat terjatuh

 Lelaki 'daredevil' yang gemar melakukan aksi merbahaya tanpa peralatan keselamatan yang sebelum ini dilaporkan telah meninggal dunia rupanya mati akibat terjatuh.

Menurut laporan Dailymail, Wu Yongning, 26, maut selepas terlepas pegangan dari sebuah pencakar langit setinggi 62 tingkat.

Sebelum terlepas pegangan, Yongning dirakam melakukan 'pull-ups' di sisi bahaya bangunan Huayuan International Centre berkenaan.

Yongning seterusnya terjatuh sejauh 45 kaki ke bawah dan terhempas di sebuah balkoni.

Kematian dirakam oleh Yongning sendiri yang sebelum itu meletakkan kamera di satu sudut bangunan berkenaan.

Sinar Online sebelum ini melaporkan teman wanita Yongning yang dikenali sebagai Jin Jin mengatakan mangsa yang juga dikenali dengan nama samaran Yong Zhu telah meninggal dunia.

Jin Jin terpaksa melaporkan kematian Wu Yongning selepas peminat mangsa tertanya-tanya mengapa mangsa berhenti memuat naik video aksi bahayanya ke laman sosial.

Di laman sosial video 'Volcano', Yongning telah memuat naik 300 video mempunyai satu juta peminat.



Sumber Rupanya 'si tak takut mati' maut akibat terjatuh

Post a Comment

Previous Post Next Post