“Saya terkejut bila melihat kereta BMW warna putih itu melanggar mangsa,” kata seorang saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini semalam.
Kata seorang saksi, 50, dirinya mengetahui mengenai kejadian tersebut apabila mendengar suara jeritan wanita kira-kira jam 7 petang.
“Dalam jam 7 lebih petang itu, saya perasan ada suara perempuan jerit. Pada mulanya, saya ingat gaduh-gaduh biasa sahaja.
“Tiba-tiba terdengar pula bunyi letupan. Saya terus pergi dekat tepi stesen minyak sebab nak tengok.
“Terkejutnya saya melihat kereta (BMW) melanggar orang terbaring. Kemudian siap ‘reverse’ dan langgar mangsa lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pekerja stesen minyak terbabit yang turut berada dalam video berdurasi satu minit 24 saat itu.
Bagaimanapun, dimaklumkan pekerja yang menyaksikan kejadian itu sudah pulang ke rumah kerana pertukaran syif.
Terdahulu, polis Johor hari ini memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan dan belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada pihak media apabila ada perkembangan baharu kes itu.
“Maklumat telah ada tangkapan tak tepat. Saya menyeru kepad semua agar menghentikan penularan liar yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber “Saya terkejut lihat BMW putih langgar mangsa” – Saksi