Sepupu Rihanna Ditembak Mati

Kemeriahan sambutan hari Natal penyanyi Rihanna sekeluarga bertukar tragedi apabila sepupunya,Tavon Kaiseen Alleyne, ditembak mati di Barbados beberapa jam selepas mereka menghabiskan masa meraikan perayaan itu bersama.

Menerusi akaun Instagram, pelantun lagu Diamonds itu memuat naik foto dirinya bersama Alleyne dan meluahkan kesedihan dan rasa tidak percaya atas pemergian lelaki itu.

"RIP sepupu. Tak percaya, malam tadi aku memelukmu. Jangan pernah berfikir itu akan jadi yang terakhir, aku masih merasakan kehangatan di tubuhmu. Love you always man!" tulisnya.

..

Ketika kejadian, Alleyne dikatakan sedang berjalan melalui sebuah jejantas di St Michael. Dia tiba-tiba di datangi seorang lelaki dan menembaknya beberapa kali.

Lapor DailyMail, pihak polis Barbados mengesahkan terdapat peningkatan dalam kes jenayah senjata api di pulau tersebut. Sebanyak 28 kes pembunuhan, sepanjang tahun ini, 22 daripadanya berkaitan senjata api.



Sumber Sepupu Rihanna Ditembak Mati

Post a Comment

Previous Post Next Post