“Takkan nak pakai jubah kat rumah” – Izreen Azminda jawab isu gambar tidak bertudung bersama suami dirumah

PELAKON sensasi Izreen Azminda mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan di laman sosial gambar peribadinya tidak berhijab yang dirakamkan bersama suami ketika berada di rumah.

Izreen, 32, menerusi Instagram peribadinya memberitahu pihak tersebut turut memfitnah kononnya gambar itu diambil sebelum dia berkahwin dengan pemuzik Muhammad Radzi Wahid, 29, atau Ude pada Ogos lalu.

“Sudah lama saya diamkan diri sejak isu pernikahan saya diperdebatkan. Diam bukan bererti salah dan takut.

“Cuma memberi ruang buat semua pihak memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.

“Kini tersebar pula gambar peribadi saya di rumah bersama suami, yang tidak bertudung.

 

“Nama pun kat rumah… takkan nak pakai jubah. Bukan di luar dan memfitnah gambar itu sebelum kami berkahwin semata-mata untuk jatuhkan saya,” tulisnya.

Terus meluahkan rasa kecewa, Izreen dalam status sama menyifatkan perbuatan pihak tersebut sebagai manusia berhati binatang.

“Apa yang awak dapat sebenarnya? Dapat duit? Dapat kereta? Dapat rumah?

“Sungguh tidak bermoral perbuatan manusia berhati binatang ini,” tulisnya lagi.

Tambah Izreen, dia akan mengambil tindakan terhadap sebuah laman Instagram yang didakwa menyebarkan foto berkenaan.

“Untuk Instagram yang menyebarkan gambar ini tunggu tindakan selanjutnya yang akan dikenakan ke atas anda kerana telah menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Sebelum ini, Izreen mencetuskan kontroversi gara-gara dia berkahwin dengan Ude yang juga berstatus suami orang beranak dua.

Izreen dan Ude, 29, bernikah pada 8 Ogos lalu sementara isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Salih, 30, hanya mengetahui berita berkenaan kira-kira empat minggu lepas.

Sumber: Mstar



Sumber “Takkan nak pakai jubah kat rumah” – Izreen Azminda jawab isu gambar tidak bertudung bersama suami dirumah

Post a Comment

Previous Post Next Post