Tambang sekolah naik lagi RM20 tahun depan?

Tambang bas sekolah tahun depan dijangka naik RM20 di bandar dan RM10 di luar bandar. ― Foto oleh Azinuddin GhazaliTambang bas sekolah tahun depan dijangka naik RM20 di bandar dan RM10 di luar bandar. ― Foto oleh Azinuddin GhazaliIPOH, 5 Dis — Tambang bas sekolah dijangka naik sehingga RM20 sebulan di bandar susulan peningkatan kos operasi, kata persatuan pengusaha bas sekolah.

Presidennya berkata penambahan RM10 pula bagi kawasan luar bandar akibat kos alat ganti yang naik antara 50 hingga 80 peratus, lapor mStar Online.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk membolehkan mereka terus bernafas dan memberikan perkhidmatan,” kata Mohd Rofik Mohd Yusof.

Tambang bas sekolah di bandar sekarang sekitar RM80, manakala RM60 bagi kawasan luar bandar.

Namun, tambahnya, pengusaha bas perlu berbincang dengan ibu bapa dahulu sebelum menaikkan harga tambang.

Mohd Rofik juga menyeru kerajaan agar memberi subsidi minyak diesel sebanyak RM1 seliter kepada kira-kira 18,000 pengusaha bas di seluruh negara.



Sumber Tambang sekolah naik lagi RM20 tahun depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post