Tanya pasal K-pop, Zara Zya ‘disumpah seranah’

Pelakon Zara Zya menerima kecaman peminat di Instagram apabila bertanya ‘apa istimewanya K-pop?’ — Foto ihsan Intagram/Zara ZyaPelakon Zara Zya menerima kecaman peminat di Instagram apabila bertanya ‘apa istimewanya K-pop?’ — Foto ihsan Intagram/Zara ZyaKUALA LUMPUR, 29 Dis — Pelakon Zara Zya “disumpah seranah” selepas dianggap mempersoal isu populariti hiburan dari Korea Selatan atau gejala K-pop.

Artis 32 tahun itu mengaju soalan “apa istimewanya K-pop” dalam Instagramnya kelmarin tetapi pertanyaan itu mengundang kecaman peminat K-pop.

“Jawapan yang saya dapat, caci maki, sumpah seranah,” kata Zara di media sosial yang sama semalam, susulan kecaman di ruang komennya. 

“Tidak sangka sensitif sangat bila tanya pasal K-pop.” 

Pelakon “Duda Terlajak Laris” itu dilaporkan sekadar mahu tahu punca artis Korea Selatan mendapat perhatian ramai remaja negara.

Sebelumnya, Zara mengajukan beberapa soalan, antaranya “awak suka perempuan pakai kebaya atau baju kurung” dan “drama apa yang pernah buat awak menangis?”.

Soalan lain termasuklah “awak tahu atau tidak punca resdung?”, “dialog apa yang paling awak ingat dalam drama saya” dan “siapa lagi kuat melatah, lelaki atau perempuan?”



Sumber Tanya pasal K-pop, Zara Zya ‘disumpah seranah’

Post a Comment

Previous Post Next Post